Assalam semua...
Kali ni aku nk tulis pasal jam Ikea. Korang mesti tau punya Ikea tu apa kan. Segala pelusuk Malaysia akan tau, ada yang sanggup cuti kerja lah kalau Mak cik Ikea ni buat sales. Hairan gak aku..kenapa mcm tu sekali. Mungkin sebab aku lum ada rumah sendiri , maka keghairahan ke Ikea ni kureng sikit..sikit je kurang je..lebih kepada aktiviti ketahanan stamina sebab keluasannya boleh tahan lah kalau nak bagi orang letih..dan kalau berjalan dengan mak aku, boleh korang solat zhuhor sampai ke maghrib la..heheh
Ok..kali ni bukan ni cerita pasal meatballs Ikea atau currypuff Ikea dan juga aiskrim rm0.80 tu. Ni aku nk story mori pasal jam Ikea yang rm2.50 tu. Kononnya ktorang nak beli jam tu utk bagi hadiah kepada orang-orang rewang sempena kenduri kahwin fekry yong ujung minggu ni.
Bajet..kira punya kira kena beli 60 biji. Dah lah berpusing atas bawah sebab nak cari jam tu..turun eskulator x jumpa..dah frust. Berpusing sampai poloh poloh ketis lah..last sekali jumpa..huyoo..excited gila lah bila dh jumpa. Beria aku g amek troli..dan my bodyguard kena kira sampai 60 biji..
Nak beratur membayar tu..satu hal..ramai punya orang. Apa ni dah gaji ke leh ramai macam ni. Aduyai..betul2 kaya orang Malaysia ni.. lepas beratur, sekali minah casher leh sound maximum pembelian 6 ke bagi seorang pelanggan. Kalau nak banyak, bayar 6 ni..lepas tu g beratur lagi kat kaunter lain.. Puiih..punya lah panjang kaunter lain ko nak aku beratur lagi..nk suruh aku bermalam ke apa kt Ikea ni. Terus lah aku berpeluh..kalau tadi ketis je..kali ni muka2 pun dah poloh.. Siap kitorg buat muka seposen..dengan buat rayuan..x dilayannya..dia kata kalau nk lebih kena jumpa supervisor kt atas..what the fishh.. aku dh kat kaunter nk g naik atas.. lastnya..bayar je sorang 6..sebab dtg 2 orang dapat beli 12.. 1 troli jam aku tinggalkan tepi kaunter. Malu jangan cakap, macam lah aku takde duit nk bayar jam tu...cinabeng betul lah..huh..hilang aku nk beli karipap ke..aiskrim ke..sebab sakit hati weii..
#Cuba korang tgk pada tag harga tu..ada tnc diorang..cuma aku je tak perasan..
Nampakkan ..terma dan syarat diorg tu..aku je yang tak perasan..excitednya pasal
ambik kau...setroli jam aku kena tinggalkan...sadis weei