Cruchy Choclate Brownies.
Syoh syoh..blog ni dh mula nk bersawang..hehehe.. banyak benda leh aku buatkan entri sebetulnya..cuma masa je tak sempat sekarang ni.. ( mengalahkan menjaga anak 10 orang pulak aku ni)..
Tetiba aku terr..rajin nak buat crunchy brownies..sebabnya aku dah mengangkut oven dari kampung..almaklumlah..khidmat oven ni dah digantikan dengan oven lain yang lebih besar bagi menampung bisness chesse tart adik aku kt kampung .. ;-) semoga makin maju lah hendaknya.. amin..
Okay lah..berbalik semula pasal brownies ni..resepi ni dari kawan aku..memang sedap..lagi - lagi kalau korang mkn ngan ice cream vanilla... kompem..hingga menjilat piring..hehhehe
Untuk kali ni..aku bakar dalam 2 loyang..1 loyang 8x8.. 1 lagi..loyang kecil comel.. Nak jadikan cerita..loyang yang besar tu..aku tak alas dengan kertas minyak..maka brownies aku separuh tercabut..separuh melekat pada loyang..huwaaa..nangis la aku di malam hari.. moral of the story..korang alas lah ngan kertas minyak atau pandai2 lah asalkan x jadi macam aku..heheh
Okay lah..kita tengok resepi nya..
Crunchy choclate Brownies.
Bahan-bahan:
310 gram dark choclate
225 gram butter
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil serbuk nescafe (dibancuh dengan sedikit air panas) -yang ni aku x buat..sebab nescafe xde
3 biji telur saiz A atau B
1 cawan gula castor
1/2 cawan + 1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu besar baking powder
1 1/2 cawan walnut - bakar seketika , pecah-pecahkan.
Cara-cara:
1. Cairkan butter dan dark choclate di atas api perlahan @ double boiler. Setelah cair, kacau dan angkat bahan tadi.
2. Sementara itu, pukul gula, telur & esen vanilla serta air nescafe. ( guna handwisk aje)
3. Masukkan tepung & baking powder, akhir sekali kacang walnut.
4. Bakar pada suhu 160'c selama 1 jam @ sehingga garing di permukaan kek.
(*selepas 12 minit dalam oven, loyang adunan tadi hendaklah dihentak sedikit - nk bagi crunchy atas dia nanti. Lepas tu sambung bakar semjla sampai 1 jam)
* guna loyang 9×9 inci.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan