Powered By Blogger

Ahad, 22 Mac 2015

Bunga kepala flowergirl

Assalam semua..

Okay aku nk share dengan korang..cara buat bunga kepala flowergirl. Ni semua untuk majlis kenduri kahwin fekry yong. Ada aje yang tak siap lagi.. selagi belum hari Sabtu 28/3/2015 selagi tulah ada je yang tak kena. Kata mak aku.."ibarat bisul,sekarang tengah mengumpul nanah"..heheheh tak tau lah.memang ada bidalan macam tu ke..atau mak aku saja bagi ayat tu..ada je yang nak diselesaikan.

Bunga kepala ni senang je..memandangkan ni untuk kegunaan girl, maksud nya kanak-kanak lah kan yang akan pakai..kalau mummy girl,atau ummi girl atau ibu girl..kaedah nak membuatnya tu akan jadi lain.. dan aku tak de masa sekarang untuk mendemokan..next time lah yerk.hehehe.

Bahan-bahan yang aku gunakan:
1. Gunting kain (jangan pulak guna gunting cili kering)
2. Playar muncung tirus@buaya
3. Dawai bunga keras (saiz 16- lagi besar saiz dawai maknanya makin lembut dawai bunga tu)
4. Gam serbaguna (uhu pun ok..gam pistol pun boleh)
5. Reben besar
6. Bunga-bungaan

tarra.....ni lah hasil yang telah dibuat..

korang buatlah sendiri..pasti puashati..Selamat mencuba!! 


Sabtu, 21 Mac 2015

Angkara jam ikea

Assalam semua...
Kali ni aku nk tulis pasal jam Ikea. Korang mesti tau punya Ikea tu apa kan. Segala pelusuk Malaysia akan tau, ada yang sanggup cuti kerja lah kalau Mak cik Ikea ni buat sales. Hairan gak aku..kenapa mcm tu sekali. Mungkin sebab aku lum ada rumah sendiri , maka keghairahan ke Ikea ni kureng sikit..sikit je kurang je..lebih kepada aktiviti ketahanan stamina sebab keluasannya boleh tahan lah kalau nak bagi orang letih..dan kalau berjalan dengan mak aku, boleh korang solat zhuhor sampai ke maghrib la..heheh

Ok..kali ni bukan ni cerita pasal meatballs Ikea atau currypuff Ikea dan juga aiskrim rm0.80 tu. Ni aku nk story mori pasal jam Ikea yang rm2.50 tu. Kononnya ktorang nak beli jam tu utk bagi hadiah kepada orang-orang rewang sempena kenduri kahwin fekry yong ujung minggu ni.

Bajet..kira punya kira kena beli 60 biji. Dah lah berpusing atas bawah sebab nak cari jam tu..turun eskulator x jumpa..dah frust. Berpusing sampai poloh poloh ketis lah..last sekali jumpa..huyoo..excited gila lah bila dh jumpa. Beria aku g amek troli..dan my bodyguard kena kira sampai 60 biji..

Nak beratur membayar tu..satu hal..ramai punya orang. Apa ni dah gaji ke leh ramai macam ni. Aduyai..betul2 kaya orang Malaysia ni.. lepas beratur, sekali minah casher leh sound maximum pembelian 6 ke bagi seorang pelanggan. Kalau nak banyak, bayar 6 ni..lepas tu g beratur lagi kat kaunter lain.. Puiih..punya lah panjang kaunter lain ko nak aku beratur lagi..nk suruh aku bermalam ke apa kt Ikea ni. Terus lah aku berpeluh..kalau tadi ketis je..kali ni muka2 pun dah poloh.. Siap kitorg buat muka seposen..dengan buat rayuan..x dilayannya..dia kata kalau nk lebih kena jumpa supervisor kt atas..what the fishh.. aku dh kat kaunter nk g naik atas.. lastnya..bayar je sorang 6..sebab dtg 2 orang dapat beli 12.. 1 troli jam aku tinggalkan tepi kaunter. Malu jangan cakap, macam lah aku takde duit nk bayar jam tu...cinabeng betul lah..huh..hilang aku nk beli karipap ke..aiskrim ke..sebab sakit hati weii..

#Cuba korang tgk pada tag harga tu..ada tnc diorang..cuma aku je tak perasan..
Nampakkan ..terma dan syarat diorg tu..aku je yang tak perasan..excitednya pasal

ambik kau...setroli jam aku kena tinggalkan...sadis weei

Jumaat, 13 Mac 2015

Selamat pengantin baru Fekry Yong!!

Minggu lepas adalah majlis pernikahan adik lelaki aku.. Kiranya majlis rumah perempuan di Melaka dah selesai. Tinggal majlis rumah lelaki, kt Muar pada 28 Mac nanti, insyaallah. Didoakan semuanya akan berjalan dengan lancar. Amin..
Seperti biasa..setiap kali ada aktiviti gubah menggubah ni..aku lah yang akan terover excited ;-) sebab aku suka sesuatu yang hasilnya cantik..cewaah..perasan sendirikan..hehhee
Tapi kali ni..ada jugak bantuan dari mak sedara aku dengan sepupu-sepupu..sebab aku dah tak cukup masa masa tu..entah apa yang aku bizikan aku pun tak tau..hehehe
Tak kisah lah, yang penting dah selamat. Sekarang, tengah buat persediaan untuk majlis kat rumah mak aku pulak..
Untuk pengantin.. Selamat pengantin baru..semoga kekal hingga ke jannah..
Anak buah aku ngn mak long aku..

Meriah tak family aku..hehhehe...warna tu yg meriah..


Semakin bijak

Sejak anak buah aku pandai selfie dengan wefie ni...semakin penuh lah memori kad handphone kitorang... ;-)
Tak kisah lah kakak..asalkan awak bahagia..

Maknanya..budak umur 4 tahun lebih ni pun dah pandai ikut trend sekarang kan..semakin besar cabaran ibubapa yang nak menjaga diorg.. tak macam zaman dulu..mak ngan abah jeling je..kita semua dah senyap..tengok rotan je dah lari..

Zaman sekarang..tak diheran kan tu semua..hehehe..