Powered By Blogger

Selasa, 2 September 2014

Mee tarik Warisan Asli

Cerita hari Isnin lepas..Setelah check out dari hotel, aku telah bawak family pergi makan Mee Tarik Warisan Asli di Jln Dang Wangi..aku tak pasti ni cawangan yang ke berapa. Apa yang aku tau, ada caw yang terbaru di Shah Alam tak jauh dari Uitm Shah Alam.

Di kedai ni kita boleh tengok pekerja yang sedang menguli dan menarik mee tu..korang leh tengak dari luar cermin je ye.. kalau terasa nak tarik gak, balik rumah korang try lah praktikkan apa yang korang tengok tu..tp tak pasti lah nanti jadi mee ke, nasi ke, lempeng..

Kalau perut korang memang jenis makan nasi, kat kedai ni pun ada jugak sediakan menu nasi. ;-)

Untuk minuman, ada pelbagai pilihan yang boleh korang pilih..ada juga teh herba cina mcm dalam gambar..kalau korang nak tau rasa apa, boleh lah order..

Yang pastinya, bila korang teringin nak g makan kt sana..korang kena pastikan kereta diletakkan di tempat yang sepatutnya, jangan lah nak gatal-gatal parking belakang lorong la..belakang kedai la..walaupun time cuti, nanti kena saman DBKL ..ni pengalaman sendiri.