Aisehmenn...camnelah aku leh terlepas entry ni..hehehe..biasalah.. asyik nk jimat bandwitch je..lastnya aku terlupas ada resepi yang tak di pos kan ni.. gambar ngan resepi dah pos dlm fb..dalam blog terlupes.. eeemmm..nampak sgt lah faktor umur ni mula nak mengganggu sel-sel otak aku ni dari berhubung dengan sempurna..
Last weekend.. aku xde sebarang aktiviti merayau.. disebabkan cuaca tak menentu sekarang ni yelah aku ni spesis yang sensitif ngan ujan ni... sebab tu lah bos aku boring sebab aky selalu demam selsema .. hukhuk :'(
Ok.. kali ni aku nk share kan resepi ikan dorry .. ni lah ikan yang dalam movie finding nemo..tapi hakikatnya ikan dorry ni bukan lah cute comel mcm cerita karton tu.. hehehe.. tapi dengan struktur isi ikan ni yang berwarna putih..lembut..memang sedap.. Dengan isi ikan ni..boleh je buat fishball atau fishcake bagi yang rajin.. kalau beli di Giant atau Tesco.. isi ikan ni dijual dalam keadaan sejuk beku..bagi menjamin kesegaran isi ikan ni. Harganya pun..mampu milik..dalam tu ada 5@6 keping isi cuma RM4.** @ rm5.** bergantung pada lokasi dibeli. Isi ikan ni dah bersih..maknanya bila nk masak cuma bilas je.. kesimpulannya.. isi ikan ni..memang aku suka..sebab tak renyah..tak payah siang..basuh ngan asam garam tu semua.. ;-)
Oklah..banyak cakap pulak..kita tengok lah resepi ni..
2keping isi ikan dorry
Serbuk lada hitam
1sudu serbuk kari
2sudu yogurt nestle asli
Serbuk cili -kalau nak pedas
Serbuk parsley
Minyak zaiton
Sesudu perahan lemon
Garam
Mozarella cheese
Caranya..
Gaulkan semua..kecuali isi ikan dan mozarella cheese.
Bila dah sebati..masukkan isi ikan. Perap 30minit.
Panaskan nonstick pan. Letak sikit butter . Bakar isi ikan. Setiap sebelah tu, dalam 2-3 minit.
Tengok dah masak, angkat ikan, letak dalam loyang, korang boleh letak mozarella cheese atas ikan dan bakar.
Nak senang, aku bakar guna pemanggang ajaib, bila letas cheese tutup je penutup pemanggang tu..siap.. masakan semudah ABC.
Lepastu bolehlah dihidangkan dengan hiasan yang digemari.