Powered By Blogger

Ahad, 31 Ogos 2014

Rojak Bellamy

Tengahari tadi, setelah buat senaman kaki dan mata di Kenanga (KWC), kitorang telah makan tengahari di Rojak Bellamy, belakang Istana Lama..

Ada rojak biasa, rojak mee, rojak ayam, dan rojak special. Rojak special tu cuma ada sambal sotong, kalau rojak ayam..letak lah ayam goreng dalam tu..tapi ayam goreng tu sedap..

Untuk aku ngn adik aku..rojak ayam..mak rojak mee..rojak special ( rojak sotong) kakak aku yang punya..

Orang lain ada jugak order kue tiaw goreng, ada yang letak ayam ada yang biasa..ada gak yang order nasi goreng..hehehe tapi aku tak rajin nak ambil gambo..sebab biasa2 je..


Kesimpulannya..sedap la rojak ni..yang paling sedap rojak ayam..maknanya boleh datang lagi next time..

Sabtu, 30 Ogos 2014

Selamat Hari Merdeka ke 57

Semoga Malaysia akan lebih aman dan makmur.. dan rakyat malaysia sendiri lebih merdeka dari segi lahiriah dan zahiriah..

Bagi aku..yang paling penting merdeka dari segi mental dan fizikal. Jika fizikal kita saje yang merdeka..tp mental aku sering di dera..apalah erti kemerdekaan bagi aku.. ;-)

Minda sentiasa dijajah dan dikawal..perlu ke? Lagi-lagi atas sesuatu yang kita tak pasti hujung pangkalnya.. lama kelamaan, jiwa kita pasti memberontak..

Oleh itu..selamat hari merdeka Malaysia, minda dan fizikal..

Dah ada sijil halal

Memandangkan malam ni..bekalan makanan masih ada..semua kena habiskan stok yang ada.. niat nak ronda g KLCC pun macam malas..sebab hari pun baru lepas hujan, mak aku pun tak nak ambil risiko bawak si kenit ni malam-malam..hehe..jadi aktiviti malam ni..membelik-belik lah segala buku yang ada..termasuklah buku menu room service..

Dah ada penambah baikkan .. yang penting menu yang jual dah ada sijil halal dari jakim..

Sesungguhnya mencari makanan yang halal tu, tanggungjawab kita sebagai umat islam..sebab dari makanan tulah akan membentuk darah daging kita..darah daging yang terbentuk dari makanan yang haram akan dibakar di akhirat kelak..wallahuallam..

Yang pastinya untuk yang halal, bukan setakat oink oink dan keluarga mereka..anjing.. malahan punca makanan itu diperolehi..bagaimana cara pemasakan..orang yang terlibat memasak pun kena diambil kira..

Masyarakat sekarang memang peka bab-bab halal haram makanan ni..sesuatu yang bagus..tapi perlu diperluaskan lagi kepada perkara lain...seperti pemakaian..aurat..adab..budi bahasa..dan lain-lain lah..

Jangan nanti makin tinggi kemajuan sesebuah negara makin rendah nilai peradaban manusia negara tersebut.. peace.. v(*-^)v

Biar betul?

Hahaha..ni lah tajuk keratan akhbar ni..tapi aku nak baca betul-betul tak berapa nak nampak..samaada aku yang bodoh sebab tak mengamalkan pemakanan tahi hidung ni..atau penulis artikel ni yang sedang buat percubaan membodohkan orang ramai yang membaca ..apa pun..banyak lagi benda lain yang aku rasakan lebih bagus untuk aku makan..sebab malaysia ni masih mewah dengan makanan.. tepuk dada tanya lah selera korang ..lalu atau pun tidak..

Cuti Hari Merdeka

Hotel ni memang lokasi aku  bawa keluarga yang datang dari kampung bersantai di kota batu ni.. ;-) sebab di kampung aku tak de KLCC.. hehehe

Walaupun sambutan ambang merdeka kali ni, dijangkakan tiada sambutan bunga api, bagi memperingati #MH17 & #MH370..tapi kitorg datang atas sebab bersantai..niat tukar-tukarkan angin mak aku yang asyik terperap kat kampung..

Hotel The Zon ni terletak berhampiran dengan Masjid Assyakirin, KLCC dan berhampiran dengan taman permainan untuk budak-budak, untuk yang tak berapa nak budak ni..sesuai untuk korang pakai kasut jogging..lari keliling taman..bagi poloh poloh sikit badan tu..

Bilik yang aku duduk ni, jenis apartment 2 bilik tidur dan 2 bilik air siap ada kelengkapan dapur untuk memasak.

Kami pun bermalam lah di sini 2 malam mulai 30/8/2014 -1/9/2014. Erm...nampaknya aktiviti petang..lepas di dalam bilik, kerana kt luar hujan dengan lebat nya.. pagi esk je lah aku bawak budak 2 org ni pusing taman taman.

Korang jangan terkejut tengok banyak benar khazanah..hehehe..tu semua stok makanan..sebab keluarga aku ramai..

Jumaat, 29 Ogos 2014

Selamat Bercuti

Selamat bercuti Malaysia..
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 57, yang jatuh pada hari esok (Ahad) 31 Ogos, ramai yang ambik kesempatan untuk bercuti bersama keluarga tercinta..
Untuk yang menggunakan highway tu...berhati2 dijalanraya..