Powered By Blogger

Khamis, 4 Disember 2014

Crunchy choclate brownies

Cruchy Choclate Brownies.

Syoh syoh..blog ni dh mula nk bersawang..hehehe.. banyak benda leh aku buatkan entri sebetulnya..cuma masa je tak sempat sekarang ni.. ( mengalahkan menjaga anak 10 orang pulak aku ni)..

Tetiba aku terr..rajin nak buat crunchy brownies..sebabnya aku dah mengangkut oven dari kampung..almaklumlah..khidmat oven ni dah digantikan dengan oven lain yang lebih besar bagi menampung bisness chesse tart adik aku kt kampung ..  ;-) semoga makin maju lah hendaknya.. amin..

Okay lah..berbalik semula pasal brownies ni..resepi ni dari kawan aku..memang sedap..lagi - lagi kalau korang mkn ngan ice cream vanilla... kompem..hingga menjilat piring..hehhehe

Untuk kali ni..aku bakar dalam 2 loyang..1 loyang  8x8.. 1 lagi..loyang kecil comel.. Nak jadikan cerita..loyang yang besar tu..aku tak alas dengan kertas minyak..maka brownies aku separuh tercabut..separuh melekat pada loyang..huwaaa..nangis la aku di malam hari.. moral of the story..korang alas lah ngan kertas minyak atau pandai2 lah asalkan x jadi macam aku..heheh

Okay lah..kita tengok resepi nya..

Crunchy choclate Brownies.

Bahan-bahan:

310 gram dark choclate
225 gram butter
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil serbuk nescafe (dibancuh dengan sedikit air panas) -yang ni aku x buat..sebab nescafe xde
3 biji telur saiz A atau B
1 cawan gula castor
1/2 cawan + 1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu besar baking powder
1 1/2 cawan walnut - bakar seketika , pecah-pecahkan.

Cara-cara:

1. Cairkan butter dan dark choclate di atas api perlahan @ double boiler. Setelah cair, kacau dan angkat bahan tadi.
2. Sementara itu, pukul gula, telur & esen vanilla serta air nescafe. ( guna handwisk aje)
3. Masukkan tepung & baking powder, akhir sekali kacang walnut.
4. Bakar pada suhu 160'c selama 1 jam @ sehingga garing di permukaan kek.
(*selepas 12 minit dalam oven, loyang adunan tadi hendaklah dihentak sedikit - nk bagi crunchy atas dia nanti. Lepas tu sambung bakar semjla sampai 1 jam)

* guna loyang 9×9 inci.

Khamis, 23 Oktober 2014

Rice bubble choco

Lama kan aku perap blog ni..sebab takde benda menarik yang aku leh share..aku tengah huru hara settlw down kan masalah..sekarang dah ok lah sikit..

Okay..lupakan masalah aku tu..kali ni aku nak share resepi semudah Alif,ba,ta.. rice bubble choco..

Ok..kita tengok resepi..ops..lupa nak habaq mai..resepi ni..sukatannya suka-suka hati lah yer..bak kata chef Amar..

Rice Bubbles Choco

Hero utama - rice bubbles..
Penyedap rasa - dark chocolate & milk chocolate ( untuk bagi balance rasa tak manis sangat)

Cara-caranya:

1. Coklat tu dicairkan dengan menggunakan teknik double boiller
2. Bila dah cair..masukkan rice bubbles dalam bekas coklat..
3. Gaul rata, masukkan dalam paper cup..
4. Simpan dalam peti sejuk..

Senangkan..tak layak untuk entri kan..hahhahaha...sebab tak mencabar langsungkan..ok lah tu..untuk orang rajin macam aku ni..hehhehee

P/S*** rice bubbles tu korang boleh je ganti ngan badam ke ( kalau budget lebih) .. nestum ke..cornflakes ke..honeystar ke..tapi namanya dah x lwh panggil rice bubble choco ye.. (',*) v

Okay..selamat mencuba..heheh

Selasa, 2 September 2014

Mee tarik Warisan Asli

Cerita hari Isnin lepas..Setelah check out dari hotel, aku telah bawak family pergi makan Mee Tarik Warisan Asli di Jln Dang Wangi..aku tak pasti ni cawangan yang ke berapa. Apa yang aku tau, ada caw yang terbaru di Shah Alam tak jauh dari Uitm Shah Alam.

Di kedai ni kita boleh tengok pekerja yang sedang menguli dan menarik mee tu..korang leh tengak dari luar cermin je ye.. kalau terasa nak tarik gak, balik rumah korang try lah praktikkan apa yang korang tengok tu..tp tak pasti lah nanti jadi mee ke, nasi ke, lempeng..

Kalau perut korang memang jenis makan nasi, kat kedai ni pun ada jugak sediakan menu nasi. ;-)

Untuk minuman, ada pelbagai pilihan yang boleh korang pilih..ada juga teh herba cina mcm dalam gambar..kalau korang nak tau rasa apa, boleh lah order..

Yang pastinya, bila korang teringin nak g makan kt sana..korang kena pastikan kereta diletakkan di tempat yang sepatutnya, jangan lah nak gatal-gatal parking belakang lorong la..belakang kedai la..walaupun time cuti, nanti kena saman DBKL ..ni pengalaman sendiri.

Ahad, 31 Ogos 2014

Rojak Bellamy

Tengahari tadi, setelah buat senaman kaki dan mata di Kenanga (KWC), kitorang telah makan tengahari di Rojak Bellamy, belakang Istana Lama..

Ada rojak biasa, rojak mee, rojak ayam, dan rojak special. Rojak special tu cuma ada sambal sotong, kalau rojak ayam..letak lah ayam goreng dalam tu..tapi ayam goreng tu sedap..

Untuk aku ngn adik aku..rojak ayam..mak rojak mee..rojak special ( rojak sotong) kakak aku yang punya..

Orang lain ada jugak order kue tiaw goreng, ada yang letak ayam ada yang biasa..ada gak yang order nasi goreng..hehehe tapi aku tak rajin nak ambil gambo..sebab biasa2 je..


Kesimpulannya..sedap la rojak ni..yang paling sedap rojak ayam..maknanya boleh datang lagi next time..

Sabtu, 30 Ogos 2014

Selamat Hari Merdeka ke 57

Semoga Malaysia akan lebih aman dan makmur.. dan rakyat malaysia sendiri lebih merdeka dari segi lahiriah dan zahiriah..

Bagi aku..yang paling penting merdeka dari segi mental dan fizikal. Jika fizikal kita saje yang merdeka..tp mental aku sering di dera..apalah erti kemerdekaan bagi aku.. ;-)

Minda sentiasa dijajah dan dikawal..perlu ke? Lagi-lagi atas sesuatu yang kita tak pasti hujung pangkalnya.. lama kelamaan, jiwa kita pasti memberontak..

Oleh itu..selamat hari merdeka Malaysia, minda dan fizikal..

Dah ada sijil halal

Memandangkan malam ni..bekalan makanan masih ada..semua kena habiskan stok yang ada.. niat nak ronda g KLCC pun macam malas..sebab hari pun baru lepas hujan, mak aku pun tak nak ambil risiko bawak si kenit ni malam-malam..hehe..jadi aktiviti malam ni..membelik-belik lah segala buku yang ada..termasuklah buku menu room service..

Dah ada penambah baikkan .. yang penting menu yang jual dah ada sijil halal dari jakim..

Sesungguhnya mencari makanan yang halal tu, tanggungjawab kita sebagai umat islam..sebab dari makanan tulah akan membentuk darah daging kita..darah daging yang terbentuk dari makanan yang haram akan dibakar di akhirat kelak..wallahuallam..

Yang pastinya untuk yang halal, bukan setakat oink oink dan keluarga mereka..anjing.. malahan punca makanan itu diperolehi..bagaimana cara pemasakan..orang yang terlibat memasak pun kena diambil kira..

Masyarakat sekarang memang peka bab-bab halal haram makanan ni..sesuatu yang bagus..tapi perlu diperluaskan lagi kepada perkara lain...seperti pemakaian..aurat..adab..budi bahasa..dan lain-lain lah..

Jangan nanti makin tinggi kemajuan sesebuah negara makin rendah nilai peradaban manusia negara tersebut.. peace.. v(*-^)v

Biar betul?

Hahaha..ni lah tajuk keratan akhbar ni..tapi aku nak baca betul-betul tak berapa nak nampak..samaada aku yang bodoh sebab tak mengamalkan pemakanan tahi hidung ni..atau penulis artikel ni yang sedang buat percubaan membodohkan orang ramai yang membaca ..apa pun..banyak lagi benda lain yang aku rasakan lebih bagus untuk aku makan..sebab malaysia ni masih mewah dengan makanan.. tepuk dada tanya lah selera korang ..lalu atau pun tidak..

Cuti Hari Merdeka

Hotel ni memang lokasi aku  bawa keluarga yang datang dari kampung bersantai di kota batu ni.. ;-) sebab di kampung aku tak de KLCC.. hehehe

Walaupun sambutan ambang merdeka kali ni, dijangkakan tiada sambutan bunga api, bagi memperingati #MH17 & #MH370..tapi kitorg datang atas sebab bersantai..niat tukar-tukarkan angin mak aku yang asyik terperap kat kampung..

Hotel The Zon ni terletak berhampiran dengan Masjid Assyakirin, KLCC dan berhampiran dengan taman permainan untuk budak-budak, untuk yang tak berapa nak budak ni..sesuai untuk korang pakai kasut jogging..lari keliling taman..bagi poloh poloh sikit badan tu..

Bilik yang aku duduk ni, jenis apartment 2 bilik tidur dan 2 bilik air siap ada kelengkapan dapur untuk memasak.

Kami pun bermalam lah di sini 2 malam mulai 30/8/2014 -1/9/2014. Erm...nampaknya aktiviti petang..lepas di dalam bilik, kerana kt luar hujan dengan lebat nya.. pagi esk je lah aku bawak budak 2 org ni pusing taman taman.

Korang jangan terkejut tengok banyak benar khazanah..hehehe..tu semua stok makanan..sebab keluarga aku ramai..

Jumaat, 29 Ogos 2014

Selamat Bercuti

Selamat bercuti Malaysia..
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 57, yang jatuh pada hari esok (Ahad) 31 Ogos, ramai yang ambik kesempatan untuk bercuti bersama keluarga tercinta..
Untuk yang menggunakan highway tu...berhati2 dijalanraya..